Wakaf.

JOM BERWAKAF: PELEPASAN CUKAI

Wakaf adalah termasuk dalam kategori Derma/Hadiah wang menurut Seksyen 44. Sebarang sumbangan sama ada berbentuk tanggungjawab korporat, derma atau wakaf adalah dibenarkan sebagai pelepasan cukai dibawah proviso subseksyen 44(6) Income Tax Act sebagai DERMA dan HADIAH dan boleh dituntut untuk pelepasan cukai.

Walaubagaimana pun, berbeza dengan zakat yang dikategorikan sebagai ‘kewajipan Agama’ dan memperolehi rebat 100%, pelepasan cukai bagi kategori derma dan hadiah adalah dikategorikan sebagai bukan ‘kewajipan Agama’ dan hanya mendapat pelepasan yang terhad kepada 7% sahaja daripada pendapatan aggregate, dan ianya dikumpulkan semasa pengiraan dibuat, sebelum keseluruhan jumlah cukai perlu dibayar.

Contoh Pengiraan Pelepasan Cukai 7% Sumbangan Wakaf

A) Tanpa Pelepasan
Jumlah Pendapatan setahun RM30,000.00
Pendapatan bercukai setahun RM30,000.00
Cukai pendapatan RM2,100.00
Oleh itu, cukai perlu dibayar RM2,100.00

B) Dengan Pelepasan
Jumlah Pendapatan setahun RM30,000.00
Tolak sumbangan Wakaf yang dibuat RM2,000.00
Pendapatan bercukai setahun RM28,000.00
Cukai pendapatan RM1,960.00

Oleh itu, cukai perlu dibayar RM1,960.00

Setiap orang yang telah menunaikan wakaf, hendaklah menyimpan dengan baik dan selamat segala bukti pembayaran, sama ada resit bayaran wakaf mahu pun penyata wakaf tahunan. Ini adalah bukti yang wajib dikemukakan kepada pihak LHDN kelak, apabila diminta berbuat demikian. Kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan masalah, kerana deklarasi yang dibuat tidak dapat dibuktikan.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s